Monday, July 18, 2011

The pre-mix muffin




Hemp ... yesterday did another 1/3 of this pre-mix blueberry muffin. But got to snap the mini size muffin this time. Overall they taste nice and soft.





Sunday, July 17, 2011

NONA Muffin Blueberi



I got this pre mix muffin blueberi NONA brand from tesco last week. Try out 1/3 of the mixture. Add in 33 gm of water and 1 egg, beat with wisks 2 mins. Add in 40 gm of corn oil. Mix until nicely blend. Baked at 180 for about 15 min. Got about 12 mini muffins. Didn't get to snap the picture as the muffins was all fast gone.

Wednesday, April 20, 2011

Sehari bersama FULCON

Tarts dan Semperit





Pelbagai bun & doh sausage









Pizza


Sehari bersama FULCON yang dapat menghasilkan pelbagai

doh untuk biskut, bun, pizza dan juga mi.



Hmm lupa lak nak ambil gambar mesin tersebut disebab teruju dengan hasilnya tapi boleh hubungi hjhrahmah.blogspot.com


sekiranya berminat. Pada pendapat peribadi mesin nie sesuai bagi mereka yang menjalankan perniagaan dari

rumah atau dalam skil yang kecil.

Yang pasti ia amat menjimatkan masa, cepat dan mudah digunakan.

Thursday, February 24, 2011

Konsert 33 tahun Francissca Peter


Wow! rasa teruja bila berpeluang tengok special preview Konsert 33 tahun Francissca Peter pada 4 February 2011, (the 2nd night cuti Chinese New Year). Tiket ihsan dari kenalan yang bertugas di Istana Budaya. Kira the first time jejak kaki di Bangunan Istana Budaya yang berdiri megah di Jalan Tun Razak tu. Kami datang seawal jam 7.30 malam, kerana kawan inform pintu dewan dibuka jam 8.00, untuk pastikan dapat seat yang best. Konsert malam tu start lewat gak, tapi enjoy lihat aksi Fran yang membawa dan mengibau kembali medley sebanyak 33 buah lagu. Heeee .... thank you very much Sha for the tickets.

Monday, February 21, 2011

Chocolate chips cookies

Ini 2nd time buat, tapi masa nie .. bahan-bahan tak cukup dan tak pakai koko malah substitute chocolate chips dengan chocolate rice. Okey gak lah tapi prefer yang version bawah tu.



Ini the final product. Campuran koko, chocolate chips dan kacang almond. Memang sedap rasanya ala-ala Famous Amos gitu.





Berkali-kali dok tengok resepi nie, rasa teruja nak mencubanya. Bila dah cukup bahan-bahan so buat projek nie. Ni gambar chocolate chips cookies yang belum dibakar lagi.

Thanks to resepi Dapur Maklang:
250gm butter
3/4 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
2 biji telur
2 1/4 cawan tepung gandum
1/2 sd teh soda bikarbonat
4 oz hazelnut yang telah dipotong 8 (tapi nie substitute dengan almond nib/strips)
12 oz choc chip
1 sd teh vanilla
1/2 sd teh garam halus
Cara:
1. Pukul butter dengan gula hingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi
3. Masukkan 1 sdt vanilla
4. Pukul lagi
5. Masukkan tepung dan bikarbonat dan garam Pukul dengan kelajuan perlahan.
6. Masukkan kacang dan choc chip dan gaul rata.
7. Sudukan ke dulang pembakar. Bakar sekitar suhu 180C.
Jika nak rasa lebih coklat masukan serbuk koko.


Thursday, January 20, 2011

Muffin



The original plain muffin - vanilla.



Muffin dengan kacang almond.




Ini muffin dengan oreo crumbs dan dihias dengan biskut oreo. Kesukaan anak.


Kali nie try out muffin. Resepi dari Ida Bakery yang pernah ke udara di tv tahun 2010,
tapi tak ingat lak samaada di RTM1 atau TV3. Memang sedap.













Kek Oren Lembap








Kek oren lembap ini menggunakan resepi yang simple. Rasanya lembut.

Bahan-bahan murah dan mudah di dapati. Nie resepinya:

130 gm mentega
1 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula halus dan asingkan 1 camca besar
2 biji telur, asing putih dan kuning
1 biji oren, parut kulit (bahagian kuning sahaja) dan perah jus


Cara membuatnya:

1. Panaskan oven. Sapukan sedikit mentega dalam acuannya. Ketepikan.
2. Putar mentega dan gula hingga putih.Masukkan kuning telur satu per satu, putar sehingga gebu. Masukkan parutan kulit oren, putar sebati.
4. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang seli dengas perahan jus tadi. Pastikan bahan terakhir ialah tepung. Putar rata. Ketepikan.
5. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan 1 camca besar gula halus yang diasingkan. Putar hingga kental.
6. Gaul putih telur dalam adunan 4 dengan kaedah kuup balik, hingga rata dan sebati.
7. Tuang dalam acuan dan bakar.




Tuesday, January 18, 2011

Letrik?


Selasa, 12 Januari 2011, balik dari kerja dan jemput anak dari transit. Sampai dirumah sambil berehat tu duk jenguk anak dengan kerja rumahnya, terasa lampu mula lip lap lip lap cam dalam samar-samar kejap terang dan kejap kurang terang, terus padam. Oh NO tak da lampu. Black-out, tapi rumah jiran kiri kanan dan baris depan terang menderang. Ape kena ye? Takut gak kot ada short circuit. Keadaan nie asalnya dah berlarutan sejak minggu sudah. Ingatkan ada masalah dengan fuis lampu atau lampu dah nak padam kot.

So call kawan minta bantu. Tak lama datanglah kawan nie membawa sorang kawan lain. Setelah puas dibelek, dibuka, dipotong apa bendahnya tah, dan yang sewaktu yang dikerjakannya lampu masih tak boleh nak nyala. Tak tau apa sebabnya. Katanya nak datang sebelah siang keesokan harinya. So cuaca cerah boleh tau punca. Dibiarkan kotak fuis begitu sahaja. So malam tu tinggal bergelap ditambah dengan nyanyian nyamuk yang dah tentu mengasyikkan.

Esok petang dalam pukul 6 seperti yang dijanjikan. Tapi still lampu tak nyala. Last sekali dia nasihat untuk call TNB minta periksa jika membabitkan kerosakan di bahagian TNB. Petang tu jugak kami panggil hotline TNB membuat aduan. Hampir jam 9 malam sebuah lori TNB datang ke rumah. Setelah diperiksa, rupanya ada sedikit wayar terbakar. Bila dah dibetulkan semula barulah ada letrik.

Melihat akan keadaan fuis box yang tertinggal di atas meja, pegawai TNB tu punyelah marah. Bertubi-tubi soalan ditanya siapa buat kerja nie? Orang mana yang dipanggil? Kenapa orang nie buat kerja separuh jalan? Dengan kotak fuis yang tak dipasang semula. Terasa macam orang bersalah kita dipersoalnya.

Apa tak kena marah. Fuis kotak dibuka tak dipasang balik. Fuis automatik yang sangat mustahak yang berperanan menjadi penebat jika berlaku tendangan elektrik cam guruh, kilat termasuklah renjatan elektrik dari peralatan elektrik dari voltan tinggi dan sebagainya, tulah fuis automatik /penyelamat. Memang sangat MERBAHAYA katanya.

Huh, satu masalah lah pulak. Bila kita mintak TNB untuk pasangkan semula (reassemble semula kotak fuis tu) they refuse to do it ... it just show that this is not part of their job. So pendek cerita, dia suruh panggil orang tu semula.Tapi masa tu hati tak sedap, sebab orang yang kita minta bantuan tu, buat cara begini, pastu dengan fuis suis tu pulak diambilnya. Dia nie sebenarnya tau buat kerja atau tau sikit sikit je pasal wayar/letrik? Kenapa dajalkan orang dengan mengambil barang bukan milik dia? Atau dah ada agenda tertentu? Atau buat lupa nak letak semula fuis ke tempat asalnya?

Malam tu walau ada letrik tapi tidur tak nyenyak gak, fikirkan suis utama tu belum dipasang dengan sempurna.Tambahan cuaca buruk dengan hujan lebat, petir dan guruh. Macam-macam perasaan takut.

Hati tak sedap. So decide tak panggil orang nie semula, instead kami dapatkan nombor orang wiring dari kedai letrik esoknya. Petang balik dari kerja, terus call orang wiring nie, dan dia janji nak datang malam tu jugak. Orang wiring nie pasangkan semula kotak fuis dengan sempurna, tapi sebelum tu kena marah lagi, sebab katanya wayar telah ditemper oleh orang sebelum tu. Probably nak buat pintas pintas lah tu.

So LESSON NO. 1, kalau panggil orang untuk hal letrik atau wiring nie make sure orang nie ada lesen dengan TNB. Bahaya panggil orang sebarangan ni. MERBAHAYA.



Thursday, January 6, 2011

Devil's Food Chocolate Cake








Cake ini dibuat in December, cuma tak sempat nak buat entry. Memang padan dengan namanya the Devil's Food Chocolate Cake. The cake memang rich in texture with the cream cheese frosting and coated chocolate ganache on top. Boleh tambah decoration dengan buah strawberry dan pelbagai alternative, tapi tak buat pun malas. Memang thumbs up, sesuai untuk pelbagai occasion. Thanks to the adorablecupcakes.blogspot for sharing the recipe.


Tuesday, January 4, 2011

the Chocolate Cheese Brownies



The Chocolate Cheese Brownies
Kali pertama membuatnya dengan panduan langkah demi langkah dari siapa lagi kalau bukan the famous Dapur Tanpa Sempadan. Entah kenapa brownies nie macam membukit kat bahagian tengahnya, I wonder? He he heeeee.
Tapi bila difikirkan semula maybe membukitnya because the last portion of the mixture tu ada baki lagi.. so tak nak membazir pi tempek kat atas dan tak diketuk acuannya untuk bagi sama rata.
Anyway apa-apa that goes with chocolate and cheese dah tentu lah marvelous bagi suz yang memang menggemari chocolate.