Bahan-bahan murah dan mudah di dapati. Nie resepinya:
130 gm mentega
1 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula halus dan asingkan 1 camca besar
2 biji telur, asing putih dan kuning
1 biji oren, parut kulit (bahagian kuning sahaja) dan perah jus
Cara membuatnya:
1. Panaskan oven. Sapukan sedikit mentega dalam acuannya. Ketepikan.
2. Putar mentega dan gula hingga putih.Masukkan kuning telur satu per satu, putar sehingga gebu. Masukkan parutan kulit oren, putar sebati.
4. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang seli dengas perahan jus tadi. Pastikan bahan terakhir ialah tepung. Putar rata. Ketepikan.
5. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan 1 camca besar gula halus yang diasingkan. Putar hingga kental.
6. Gaul putih telur dalam adunan 4 dengan kaedah kuup balik, hingga rata dan sebati.
7. Tuang dalam acuan dan bakar.
No comments:
Post a Comment