
Selasa, 12 Januari 2011, balik dari kerja dan jemput anak dari transit. Sampai dirumah sambil berehat tu duk jenguk anak dengan kerja rumahnya, terasa lampu mula lip lap lip lap cam dalam samar-samar kejap terang dan kejap kurang terang, terus padam. Oh NO tak da lampu. Black-out, tapi rumah jiran kiri kanan dan baris depan terang menderang. Ape kena ye? Takut gak kot ada short circuit. Keadaan nie asalnya dah berlarutan sejak minggu sudah. Ingatkan ada masalah dengan fuis lampu atau lampu dah nak padam kot.
So call kawan minta bantu. Tak lama datanglah kawan nie membawa sorang kawan lain. Setelah puas dibelek, dibuka, dipotong apa bendahnya tah, dan yang sewaktu yang dikerjakannya lampu masih tak boleh nak nyala. Tak tau apa sebabnya. Katanya nak datang sebelah siang keesokan harinya. So cuaca cerah boleh tau punca. Dibiarkan kotak fuis begitu sahaja. So malam tu tinggal bergelap ditambah dengan nyanyian nyamuk yang dah tentu mengasyikkan.
Esok petang dalam pukul 6 seperti yang dijanjikan. Tapi still lampu tak nyala. Last sekali dia nasihat untuk call TNB minta periksa jika membabitkan kerosakan di bahagian TNB. Petang tu jugak kami panggil hotline TNB membuat aduan. Hampir jam 9 malam sebuah lori TNB datang ke rumah. Setelah diperiksa, rupanya ada sedikit wayar terbakar. Bila dah dibetulkan semula barulah ada letrik.
Melihat akan keadaan fuis box yang tertinggal di atas meja, pegawai TNB tu punyelah marah. Bertubi-tubi soalan ditanya siapa buat kerja nie? Orang mana yang dipanggil? Kenapa orang nie buat kerja separuh jalan? Dengan kotak fuis yang tak dipasang semula. Terasa macam orang bersalah kita dipersoalnya.
Apa tak kena marah. Fuis kotak dibuka tak dipasang balik. Fuis automatik yang sangat mustahak yang berperanan menjadi penebat jika berlaku tendangan elektrik cam guruh, kilat termasuklah renjatan elektrik dari peralatan elektrik dari voltan tinggi dan sebagainya, tulah fuis automatik /penyelamat. Memang sangat MERBAHAYA katanya.
Huh, satu masalah lah pulak. Bila kita mintak TNB untuk pasangkan semula (reassemble semula kotak fuis tu) they refuse to do it ... it just show that this is not part of their job. So pendek cerita, dia suruh panggil orang tu semula.Tapi masa tu hati tak sedap, sebab orang yang kita minta bantuan tu, buat cara begini, pastu dengan fuis suis tu pulak diambilnya. Dia nie sebenarnya tau buat kerja atau tau sikit sikit je pasal wayar/letrik? Kenapa dajalkan orang dengan mengambil barang bukan milik dia? Atau dah ada agenda tertentu? Atau buat lupa nak letak semula fuis ke tempat asalnya?
Malam tu walau ada letrik tapi tidur tak nyenyak gak, fikirkan suis utama tu belum dipasang dengan sempurna.Tambahan cuaca buruk dengan hujan lebat, petir dan guruh. Macam-macam perasaan takut.
Hati tak sedap. So decide tak panggil orang nie semula, instead kami dapatkan nombor orang wiring dari kedai letrik esoknya. Petang balik dari kerja, terus call orang wiring nie, dan dia janji nak datang malam tu jugak. Orang wiring nie pasangkan semula kotak fuis dengan sempurna, tapi sebelum tu kena marah lagi, sebab katanya wayar telah ditemper oleh orang sebelum tu. Probably nak buat pintas pintas lah tu.
So LESSON NO. 1, kalau panggil orang untuk hal letrik atau wiring nie make sure orang nie ada lesen dengan TNB. Bahaya panggil orang sebarangan ni. MERBAHAYA.
No comments:
Post a Comment